Friday, September 20, 2013

Filled Under: ,

Sejarah Songkok Alias Kopiah A.K.A Peci




Tau Songkok? Kalau gak tau, Tau Kopiah? Alias Peci.

Yap, Bener Brader Islamer's, Semacam penutup kepala yang biasa di pakai pejabat pas pengambilan sumpah itu :)



Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Begitu menurut sumber yang di ambil dari sini.

Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah...."

Di Negara kita Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang  dipopularkan oleh Presiden Soekarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis resmi seperti upacara perkawinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, tak luput pula ketika sumpah pengambilan jabatan, mengingat sakralnya ceremonial itu, tapi kok banyak yang melanggar sumpah ya? ah sudahlah.



Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Subuah sumber mengatakan Terdapat berbagai macam pendapat mengenai asal songkok.  Ada yang berpendapat songkok itu berasal dari India dan Pakistan dan di popularkan oleh orang Indonesia yang berugama Islam dalam bentuk ‘tarbus’ atau fez yang dipakai di Ottoman, Turki. 
Yang menjadi simbol identitas Islam dan menjadi terkenal menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di ranah melayu. Songkok awalnya menjadi pemantas pakaian pengikat kepala di dalam dunia peradaban Melayu nusantara sekitar abad ke 20.

Ada pula yang mengatakan bahwa Songkok mulanya diperkenalkan kepada rakyat Brunei oleh peniaga-peniaga Arab lebih enam atau tujuh ratus tahun yang lampau. Setelah beberapa lama, memakai songkok menjadi satu tradisi dan sinonim yang akrab dengan bangsa Melayu. Otomatis hal ini menjadikan songkok masyhur di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia, selatan Thailand.
 
Dari berbagai sumber, Semoga manfaat (#Islamgram)

0 komentar:

Post a Comment